Marielle Franco
Marielle Franco

Marielle Franco

Marielle Franco (lahir Marielle Francisco da Silva; 27 Julai 1979 - 14 Mac 2018) ialah seorang ahli politik, feminis, dan aktivis hak asasi manusia Brazil.[1][2] Selepas memperoleh ijazah sarjana dalam bidang pentadbiran awam dari Universiti Persekutuan Fluminense, beliau memegang jawatan sebagai ahli majlis bandar Rio de Janeiro dari Partido Socialismo e Liberdade (PSOL) sejak Januari 2017 hingga kematiannya.[3]Pada 14 Mac 2018, dalam perjalanan pulang selepas menyampaikan pidato, Franco dan sepupunya, Anderson Pedro Gomes, ditembak beberapa kali dan kemudian mati di tempat kejadian.[4] Dua orang pembunuh melakukan tindakan tersebut dari kenderaan lain.[5] Franco dikenali atas kritikannya terhadap kekejaman polis dan pembunuhan di luar undang-undang,[6] serta campurtangan pemerintah persekutuan Brazil di negeri Rio de Janeiro pada Februari 2018 di mana peralatan ketenteraan dikerahkan dalam pelbagai operasi polis.[7][8][9] Pada Mac 2019, dua bekas pegawai polis ditangkap dan didakwa atas pembunuhan Marielle Franco.[10]